Thursday 26 May 2011

mENgHituNg haRi

aku bakal mendirikan rumah tangga tidak lama lagi..tidak ku sangka aku akan mengambil keputusan ini..aku buntu..aku takut..berbagai persoalan ada dalam pemikiran aku..dapatkah aku menjadi seorang isteri yang baik???dapatkah aku menjadi isteri yang solehah dan mendengar kata???kerana...aku ini terkenal dengan kedegilanku..aku xboleh terima orang mengatur hidup aku sesuka hati..aku akan memberontak jika kemahuan dan keinginan aku tidak ditunaikan..bila berkahwin, adakah dia akan setia denganku???adakah hanya aku seorang yang akan menjadi isterinya???aku takut kerana dahulu dia pernah melukakan hati dan perasaanku..aku tidak mahu berkongsi kasih dengan perempuan lain..bukan aku tamak, tetapi aku tidak boleh terima orang lain dalam setiap perhubunganku..aku benci dan marah bila tahu ada wanita lain cuba mengganggu..

aku akan melangsungkan pernikahanku pada 26 November 2011..adakah ini perkahwinan yang aku harapkan???adakah ia akan menjadi memori terindah dalam hidupku???aku hanya berserah kepadamu ya allah..semoga semuanya berjalan dengan lancar..semoga ia menjadi kenangan terindah yang pernah tercipta untukku..semoga dia adalah jodoh terbaik untuk hidupku..kini baru aku sedar bukan mudah untuk melayari bahtera perkahwinan..ketika di alam pertunangan ini, macam-macam perkara yang terjadi sehingga mencakar perasaan aku..sehingga mengguris hati dan jiwa aku..pernah aku terniat untuk memutuskan ikatan pertunangan ini..kerana tidak sanggup menghadapinya lagi..tidak sanggup dilukai lagi..tidak sanggup untuk dikhianati lagi..namun entah mana kekuatan yang tersimpan dalam diri ini menjadikan aku seorang perempuan yang tabah..aku nekad terima semua dugaan yang mendatang..aku tabah menghadapi cabaran..aku kuatkan hati agar mempertahankan ikatan ini..aku tidak mahu mengaku kalah dengan perempuan yang ingin merampas kebahagiaanku..kalau dia ingin merampas kebahagiaanku dia perlu langkah mayat aku dahulu..aku tidak akan lepaskan dia begitu sahaja..air mata yang dia beri padaku..penderitaan seumur hidup akanku berikan padanya..aku doakan ketidakselamatan dia didunia mahupun diakhirat..

aku tidak pernah mengganggu kehidupan orang lain..apatah lagi melukakan dan menyakiti hati orang..tetapi kenapa orang sering menyakiti aku???aku terima segalanya ya allah..mungkin ini ujian mu padaku..aku akan kuatkan hati dan jiwa agar aku bersedia menghadapi segala kemungkinan dalam kehidupan..aku mengaharapkan kesetiaan dan kejujuran dirinya kepadaku..semoga hatinya ditetapkan hanya untukku..ya allah bantulah hambamu mencari kebahagiaan yang hakiki..hanya padamu tempat ku memohon dan meminta pertolongan..sesungguhnya hanya engkau yang mengetahui kebaikan dan keburukan untuk diriku..amin..