Bila dengar tentang bercuti...pasti rasa teruja...begitu juga aku...pada 1 Julai 2011 tepat jam 10.30 malam, aku bertolak ke negeri terengganu darul iman dengan menaiki bas...rencanaku pada keesokkan harinya akan bergerak ke pulau redang...rasa teruja kerana ini adalah kali pertama aku menjejakkan kaki di sana...aku pergi bersama rombongan pejabat...hehehe...tetapi tidak ketinggalan aku tetap bawa tunang aku yang dicintai bersama...tidak seronok rasanya berjalan kemana2 tanpa dia...prinsip aku dalam perhubungan adalah 1...kemana sahaja aku pergi aku akan bawa dia bersama, setiap kedukaan dan kegembiraan akan aku kongsi bersama...agar tiada rasa sangsi dan syak wasangka dalam jiwa...aku senang dengan kehadiran dia di sisi aku...perjalanan terasa jauh...badan terasa penat...jam 1.30 pagi, kami berhenti rehat di R&R temerloh...aku sekadar ke tandas untuk membersihkan diri...terasa lenguh segala sendi kerana tidur di dalam bas...kemudian kami memulakan perjalanan yang masih jauh...aku tidur sepanjang perjalanan...terasa mengantuk sangat...siap pinjam lengan dia buat bantal peluk...hehehe...cuaca sejuk...bas pula dipandu dengan laju...kami sampai di chendor pada jam 4.30 pagi...aku masih lena tidur...kami berhenti sarapan pagi dan solat subuh di hentian payang...terasa penat sangat badan...aku bersarapan dengan nadia dan izad di kedai berdekatan...kemudian kami mempersiapkan diri masing2 untuk memulakan perjalanan ke jeti di bukit rakit...kami sampai di jeti pada pukul 9.30 pagi...
kami menaiki bot untuk ke redang...perjalanan mengambil masa dalam 45 minit...aku dengan beraninya duduk di bahagian muncung bot...konon2 nak amik angin...padahal takut mabuk...hihihi...tunang aku sibuk menangkap gambar untuk kenangan...yelah kami tidak pernah sampai di sana...jadi ia dijadikan pemangkin sebaik mungkin...kami sampai di redang pada jam 11.00 pagi...hehehe...sampainya di sana kami diberi minuman dan tuala basah untuk menyejukkan diri...melihat pemandangan yang cantik dan indah, terasa hilang kepenatanku...kami check in di bilik pada jam 12 tghari untuk menghematkan diri sebelum makan tengahari...bila masuk sahaja ke bilik penginapan, ya allah terasa seronok sangat tengok biliknya...kalaulah aku datang selepas kahwin mesti seronok bulan madu...hehehe...selepas berehat dan membersihkan diri, aku keluar makan dengan tunangku...aku cuma menikmati lauk sahaja...tidak lalu rasanya nak telan makanan setelah penat seharian...
selepas makan,aku melepak di tepi kolam renang...meluangkan masa dan bersiap sedia untuk aktiviti snorkeling...aku pergi bersama tunangku dan rakan2 yang lain...dalam hati timbul perasaan takut...tapi aku teruskan juga niat di hati...ingin melihat keindahan ciptaan tuhan di dasar lautan...alangkah cantiknya batu2 karang dan ikan2 yang berwarna warni...seronok sangat rasa di hati...setelah penat bersnorkeling, aku terjun di kolam pula...hehehe...kat kolam terasa seronok sangat...aku xrasa takut sangat macam kat laut tadi...air nya pun xsemasin air laut...hahaha...selesai penat beriadah, aku masuk kebilik dan rehat sementara menunggu masa makan malam...