Friday 10 June 2011

Kursus oh Kursus...

Bila dengar pasal kursus...adoiyai...lemahnya kaki...tetapi demi mencukupkan kursus tahunan aku gagahkan diri..aku dapat memo untuk menghadirkan diri di Concorde Inn KLIA Sepang...dari hari rabu hingga hari jumaat...dari 1 Jun 2011 sampailah 3 Jun 2011...rasa macam lama sangat...tetapi bila dah mula kursus rasa sampai xcukup masa nak kenal dengan penceramah dan bertukar-tukar pendapat...

Kami bergerak dari pejabat pukul 1.30 petang dengan menaiki bas..dalam bas apa lagi lepas kenyang makan tengahari aku pun tidur sepanjang perjalanan...hahaha...rasanya baru sekejap aku tidur,tiba2 dah sampai...turun dari bas dengan muka selamba dan muka yang sengal, aku dan rakan2 bergerak menuju ke Dewan Concorde bagi memulakan sesi kami yang pertama...kami diperkenalkan dengan para penceramah dan dibentuk kumpulan...kami memulakan aktiviti dengan permainan rakan erat dan nyanyian...rasa seronok pula...hilang segala mengantuk dan kesengalanku...hehehe...setelah diberi kumpulan dan nyanyian,kami diberi waktu rehat sehingga pukul 8.30 malam...kami diberi masa untuk hemat diri dan bersiap dengan logo,tagline dan adegan kumpulan masing2...rasa nak tergelak sebab macam2 gelagat yang aku lihat...rupa2nya kelakar2 juga rakan2ku di pejabat ini...waktu kursus inilah aku dapat melihat gelagat2 mereka yang kelakar, sengal dan sebagainya...habis aktiviti kami minum malam dan pulang ke hotel penginapan kami...hari pertama agak susah untuk aku melelapkan mata...terkebil2 mata aku nak tidur...pusing kanan xkene...pusing kiri xkene...nak telefon tunang, hati tengah mengkal dengan dia...last2 aku buat hal sendiri dan paksa mata untuk pejam...ntah pukul berapa aku tertidur aku sendiri xsedar...tau2 ayam aku dah bunyi...alah baru rasa nak lelap...

Hari yang baru...aktiviti dimulakan dengan senaman pagi...hahaha...selepas senaman aku pergi isi perut...ya allah baru nak kurangkan lemak, aku tambah lagi lemak...hehehe...dengan mata yang mengantuk, aku balik ke bilik untuk persiapkan diri....kemudian aku dan rakanku pergi ke ruangan makan untuk mengambil sarapan pagi sebelum masuk ke kelas...aku hanya makan lauk pauk...sepanjang 3 hari di sana, aku tidak mengambil nasi langsung...entahlah...mungkin aku home sick kot dengan makanan rumah...hehe...berbagai aktiviti kami lalui sepanjang hari...hehehe..aktiviti yang tidak dapat kulupakan...kami diberi tugasan membuat air buatan sendiri iaitu air minumam berperisa oren dengan air paip...hahaha...tapi walaupun buatan sendiri dengan air paip lagi tetap habis...huhuhuhu...kemudian kami diberi tugasan baru iaitu mempersiapkan lagu untuk persembahan...kami diamanahkan memilih apa saja lagu tetapi wajib menukar lirik agar ia menjadi lagu kumpulan kami..hahaha..malam tu kumpulan aku yang menang iaitu PDTK POWER...hehe...seronoknya rasa malam tu...habis aktiviti kami kembali ke bilik masing2...dan terus tidur...xsabar menanti hari esok..kerana hari terakhir kursus...cewah dah rindu pulak dengan bantal kat rumah...

Aktiviti diteruskan dengan ceramah dan nasihat dari penceramah2 yang ada...kami diberi sijil penghargaan kerana menghadiri kursus...alhamdulillah semuanya selesai..berbagai pengajaran dan maklumat yang kami perolehi dari kursus ini untuk dimanfaatkan...semoga suatu hari nanti aku masih lagi berpeluang untuk menghadiri kursus yang dianjurkan lagi...aku berharap selepas ini aku menjadi seorang penjawat awam yang dedikasi dan disiplin dalam tugasan ku seharian...amin...

Sekian coretan ku hari ini...lain hari akan aku sambung mencoret lagi segala keindahan dan kedukaan yang berlaku dalam kehidupanku saban hari...

No comments:

Post a Comment