Monday 4 July 2011

bEstNya rEdaNg

Bila dengar tentang bercuti...pasti rasa teruja...begitu juga aku...pada 1 Julai 2011 tepat jam 10.30 malam, aku bertolak ke negeri terengganu darul iman dengan menaiki bas...rencanaku pada keesokkan harinya akan bergerak ke pulau redang...rasa teruja kerana ini adalah kali pertama aku menjejakkan kaki di sana...aku pergi bersama rombongan pejabat...hehehe...tetapi tidak ketinggalan aku tetap bawa tunang aku yang dicintai bersama...tidak seronok rasanya berjalan kemana2 tanpa dia...prinsip aku dalam perhubungan adalah 1...kemana sahaja aku pergi aku akan bawa dia bersama, setiap kedukaan dan kegembiraan akan aku kongsi bersama...agar tiada rasa sangsi dan syak wasangka dalam jiwa...aku senang dengan kehadiran dia di sisi aku...perjalanan terasa jauh...badan terasa penat...jam 1.30 pagi, kami berhenti rehat di R&R temerloh...aku sekadar ke tandas untuk membersihkan diri...terasa lenguh segala sendi kerana tidur di dalam bas...kemudian kami memulakan perjalanan yang masih jauh...aku tidur sepanjang perjalanan...terasa mengantuk sangat...siap pinjam lengan dia buat bantal peluk...hehehe...cuaca sejuk...bas pula dipandu dengan laju...kami sampai di chendor pada jam 4.30 pagi...aku masih lena tidur...kami berhenti sarapan pagi dan solat subuh di hentian payang...terasa penat sangat badan...aku bersarapan dengan nadia dan izad di kedai berdekatan...kemudian kami mempersiapkan diri masing2 untuk memulakan perjalanan ke jeti di bukit rakit...kami sampai di jeti pada pukul 9.30 pagi...

kami menaiki bot untuk ke redang...perjalanan mengambil masa dalam 45 minit...aku dengan beraninya duduk di bahagian muncung bot...konon2 nak amik angin...padahal takut mabuk...hihihi...tunang aku sibuk menangkap gambar untuk kenangan...yelah kami tidak pernah sampai di sana...jadi ia dijadikan pemangkin sebaik mungkin...kami sampai di redang pada jam 11.00 pagi...hehehe...sampainya di sana kami diberi minuman dan tuala basah untuk menyejukkan diri...melihat pemandangan yang cantik dan indah, terasa hilang kepenatanku...kami check in di bilik pada jam 12 tghari untuk menghematkan diri sebelum makan tengahari...bila masuk sahaja ke bilik penginapan, ya allah terasa seronok sangat tengok biliknya...kalaulah aku datang selepas kahwin mesti seronok bulan madu...hehehe...selepas berehat dan membersihkan diri, aku keluar makan dengan tunangku...aku cuma menikmati lauk sahaja...tidak lalu rasanya nak telan makanan setelah penat seharian...

selepas makan,aku melepak di tepi kolam renang...meluangkan masa dan bersiap sedia untuk aktiviti snorkeling...aku pergi bersama tunangku dan rakan2 yang lain...dalam hati timbul perasaan takut...tapi aku teruskan juga niat di hati...ingin melihat keindahan ciptaan tuhan di dasar lautan...alangkah cantiknya batu2 karang dan ikan2 yang berwarna warni...seronok sangat rasa di hati...setelah penat bersnorkeling, aku terjun di kolam pula...hehehe...kat kolam terasa seronok sangat...aku xrasa takut sangat macam kat laut tadi...air nya pun xsemasin air laut...hahaha...selesai penat beriadah, aku masuk kebilik dan rehat sementara menunggu masa makan malam...

Friday 10 June 2011

Kursus oh Kursus...

Bila dengar pasal kursus...adoiyai...lemahnya kaki...tetapi demi mencukupkan kursus tahunan aku gagahkan diri..aku dapat memo untuk menghadirkan diri di Concorde Inn KLIA Sepang...dari hari rabu hingga hari jumaat...dari 1 Jun 2011 sampailah 3 Jun 2011...rasa macam lama sangat...tetapi bila dah mula kursus rasa sampai xcukup masa nak kenal dengan penceramah dan bertukar-tukar pendapat...

Kami bergerak dari pejabat pukul 1.30 petang dengan menaiki bas..dalam bas apa lagi lepas kenyang makan tengahari aku pun tidur sepanjang perjalanan...hahaha...rasanya baru sekejap aku tidur,tiba2 dah sampai...turun dari bas dengan muka selamba dan muka yang sengal, aku dan rakan2 bergerak menuju ke Dewan Concorde bagi memulakan sesi kami yang pertama...kami diperkenalkan dengan para penceramah dan dibentuk kumpulan...kami memulakan aktiviti dengan permainan rakan erat dan nyanyian...rasa seronok pula...hilang segala mengantuk dan kesengalanku...hehehe...setelah diberi kumpulan dan nyanyian,kami diberi waktu rehat sehingga pukul 8.30 malam...kami diberi masa untuk hemat diri dan bersiap dengan logo,tagline dan adegan kumpulan masing2...rasa nak tergelak sebab macam2 gelagat yang aku lihat...rupa2nya kelakar2 juga rakan2ku di pejabat ini...waktu kursus inilah aku dapat melihat gelagat2 mereka yang kelakar, sengal dan sebagainya...habis aktiviti kami minum malam dan pulang ke hotel penginapan kami...hari pertama agak susah untuk aku melelapkan mata...terkebil2 mata aku nak tidur...pusing kanan xkene...pusing kiri xkene...nak telefon tunang, hati tengah mengkal dengan dia...last2 aku buat hal sendiri dan paksa mata untuk pejam...ntah pukul berapa aku tertidur aku sendiri xsedar...tau2 ayam aku dah bunyi...alah baru rasa nak lelap...

Hari yang baru...aktiviti dimulakan dengan senaman pagi...hahaha...selepas senaman aku pergi isi perut...ya allah baru nak kurangkan lemak, aku tambah lagi lemak...hehehe...dengan mata yang mengantuk, aku balik ke bilik untuk persiapkan diri....kemudian aku dan rakanku pergi ke ruangan makan untuk mengambil sarapan pagi sebelum masuk ke kelas...aku hanya makan lauk pauk...sepanjang 3 hari di sana, aku tidak mengambil nasi langsung...entahlah...mungkin aku home sick kot dengan makanan rumah...hehe...berbagai aktiviti kami lalui sepanjang hari...hehehe..aktiviti yang tidak dapat kulupakan...kami diberi tugasan membuat air buatan sendiri iaitu air minumam berperisa oren dengan air paip...hahaha...tapi walaupun buatan sendiri dengan air paip lagi tetap habis...huhuhuhu...kemudian kami diberi tugasan baru iaitu mempersiapkan lagu untuk persembahan...kami diamanahkan memilih apa saja lagu tetapi wajib menukar lirik agar ia menjadi lagu kumpulan kami..hahaha..malam tu kumpulan aku yang menang iaitu PDTK POWER...hehe...seronoknya rasa malam tu...habis aktiviti kami kembali ke bilik masing2...dan terus tidur...xsabar menanti hari esok..kerana hari terakhir kursus...cewah dah rindu pulak dengan bantal kat rumah...

Aktiviti diteruskan dengan ceramah dan nasihat dari penceramah2 yang ada...kami diberi sijil penghargaan kerana menghadiri kursus...alhamdulillah semuanya selesai..berbagai pengajaran dan maklumat yang kami perolehi dari kursus ini untuk dimanfaatkan...semoga suatu hari nanti aku masih lagi berpeluang untuk menghadiri kursus yang dianjurkan lagi...aku berharap selepas ini aku menjadi seorang penjawat awam yang dedikasi dan disiplin dalam tugasan ku seharian...amin...

Sekian coretan ku hari ini...lain hari akan aku sambung mencoret lagi segala keindahan dan kedukaan yang berlaku dalam kehidupanku saban hari...

Thursday 26 May 2011

mENgHituNg haRi

aku bakal mendirikan rumah tangga tidak lama lagi..tidak ku sangka aku akan mengambil keputusan ini..aku buntu..aku takut..berbagai persoalan ada dalam pemikiran aku..dapatkah aku menjadi seorang isteri yang baik???dapatkah aku menjadi isteri yang solehah dan mendengar kata???kerana...aku ini terkenal dengan kedegilanku..aku xboleh terima orang mengatur hidup aku sesuka hati..aku akan memberontak jika kemahuan dan keinginan aku tidak ditunaikan..bila berkahwin, adakah dia akan setia denganku???adakah hanya aku seorang yang akan menjadi isterinya???aku takut kerana dahulu dia pernah melukakan hati dan perasaanku..aku tidak mahu berkongsi kasih dengan perempuan lain..bukan aku tamak, tetapi aku tidak boleh terima orang lain dalam setiap perhubunganku..aku benci dan marah bila tahu ada wanita lain cuba mengganggu..

aku akan melangsungkan pernikahanku pada 26 November 2011..adakah ini perkahwinan yang aku harapkan???adakah ia akan menjadi memori terindah dalam hidupku???aku hanya berserah kepadamu ya allah..semoga semuanya berjalan dengan lancar..semoga ia menjadi kenangan terindah yang pernah tercipta untukku..semoga dia adalah jodoh terbaik untuk hidupku..kini baru aku sedar bukan mudah untuk melayari bahtera perkahwinan..ketika di alam pertunangan ini, macam-macam perkara yang terjadi sehingga mencakar perasaan aku..sehingga mengguris hati dan jiwa aku..pernah aku terniat untuk memutuskan ikatan pertunangan ini..kerana tidak sanggup menghadapinya lagi..tidak sanggup dilukai lagi..tidak sanggup untuk dikhianati lagi..namun entah mana kekuatan yang tersimpan dalam diri ini menjadikan aku seorang perempuan yang tabah..aku nekad terima semua dugaan yang mendatang..aku tabah menghadapi cabaran..aku kuatkan hati agar mempertahankan ikatan ini..aku tidak mahu mengaku kalah dengan perempuan yang ingin merampas kebahagiaanku..kalau dia ingin merampas kebahagiaanku dia perlu langkah mayat aku dahulu..aku tidak akan lepaskan dia begitu sahaja..air mata yang dia beri padaku..penderitaan seumur hidup akanku berikan padanya..aku doakan ketidakselamatan dia didunia mahupun diakhirat..

aku tidak pernah mengganggu kehidupan orang lain..apatah lagi melukakan dan menyakiti hati orang..tetapi kenapa orang sering menyakiti aku???aku terima segalanya ya allah..mungkin ini ujian mu padaku..aku akan kuatkan hati dan jiwa agar aku bersedia menghadapi segala kemungkinan dalam kehidupan..aku mengaharapkan kesetiaan dan kejujuran dirinya kepadaku..semoga hatinya ditetapkan hanya untukku..ya allah bantulah hambamu mencari kebahagiaan yang hakiki..hanya padamu tempat ku memohon dan meminta pertolongan..sesungguhnya hanya engkau yang mengetahui kebaikan dan keburukan untuk diriku..amin..

Thursday 21 April 2011

jiWaNg

aku mengenali dia ketika mengikuti latihan jati diri di pangsun resort, hulu langat...ketika itu aku baru melaporkan diri di pejabat tanah klang...aku xsangka aku akan menjawat jawatan tetap disini dalam usia yang muda...yelah seharusnya ketika di usiaku ini aku sedang belajar seperti teman2ku...berbalik pada kisahku...latihan jati diri diadakan pada 1/08/08 - 3/08/08...aku rasa teruja sangat mengikuti latihan...maklumlah waktu sekolah dulu, aku suka mengikuti kem-kem yang dianjurkan tak kira lasak ataupun x...sedangkan badan aku ni xboleh lasak2 pun...hehe..inilah namanya cabaran..

ketika di pangsun, kami diuji dengan berbagai aktiviti...aktiviti yang paling aku suka adalah rakit...hehe...masa nilah terjun dalam air...sambil tolak rakit...huhu...dapat main air...seronok sangat masa ni...sebelah malamnya pula kami ada aktiviti makan durian besar-besaran...hahaha...tapi aku xmakan pun...xselera pulak bila dah tengok banyak2...aku cuma jadi pemerhati pada dorang yang kusyuk makan durian...macam2 gelagat aku tengok...sampai tergelak sendiri...makan sudah, bergelak tawa pun sudah...kemudian kami ada aktiviti solo drop atau dipanggil burung hantu...ha...masa ni macam2 ade dalam fikiran aku...tapi buat xtau jelah...aku pun ikut laluan yang diarahkan bersama dengan rakan2ku yang lain...makin lama aku rasa macam makin sepi dibelakangku...rupa2nya kawan2ku dah dipisahkan diantara 1 sama lain...ha...yang aku pulak duduk dekat je dengan kawan2 baik aku...masa nilah tgh dok asyik melayan perasaan dengan perut yang dah berdangdut ni,aku ditegur oleh seseorang...hihihi...masa ni aku ingat dia hantu rupa2nya manusia...aku berborak dengan dia sebagai seorang kawan...nama dia zali...berusia 21 tahun (ketika itu)...dalam 20 minit kemudian kami dihimpun semula untuk dibawa turun ke tempat tidur kami...hehe..masa ni aku terjumpa sebiji durian...akupun dengan gatalnya mempelawa mamat tadi tu makan sekali padahal aku gurau je...xsangka pulak die turun betul2 malam tu kat dorm aku nak tuntut janji...yang aku ni sengal g bagi kawan2 aku makan durian tu dan aku masuk tidur melayari mimpi yang indah...kesian mamat tu...


esoknya kami mendaki kaki bukit untuk mandi air terjun...mamat tu merajuk dengan aku kot sebab pagi tu dia xtegur aku langsung...aku dengan selambanya buat muka xbersalah kat situ...aku berjalan dengan kelompok kawan2ku mendaki bukit itu...sampai dikawasan air terjun,kami berehat dan tangkap gambar kenangan...ada jugak yang turun mandi...tapi aku seperti biasa sebagai pemerhati je...jeng3...tetiba mamat tu datang tegur aku lagi...dia cakap nak tangkap gambar bersama...aku pun layan jelah...bukan dengan aku je dia tangkap gambar...dengan kawan2 lain pun ade gak...jangan pk bukan2 ha...selepas itu, kami terus rapat dan rapat sehingga ke hari ini...sehinggalah aku jatuh cinta dengan die...


itulah sedikit sebanyak bait2 perkenalan aku dengan die...sekarang kami dalam proses mengenali hati budi masing2 dan memahami sikap antara satu sama lain...x lama lagi aku akan melangsungkan perkahwinan dengan dia...insyaallah jika dipanjangkan jodoh dan dimurahkan rezeki...amin...ok lah..bye2...





bElaJar oh bElaJar...

aku mempunyai cita-cita untuk menyambung pengajianku...kata orang untuk mencapai segalanya dalam hidup ini, kite perlu penuhkan dada kite dengan ilmu...aku kini merupakan pelajar di universiti teknologi mara...aku belajar pengurusan dan teknologi pejabat...hehehe...aku belajar kos ni sebab aku bekerja di pejabat jadi benda ni penting sebagai pengetahuan aku dalam membina kerjaya yang terbaik...


semester 2 ini aku belajar macam2...terutamanya belajar bermesyuarat...masa ni pakaian semua orang smart dan cantik...maklumlah executive dan pengarah department jawatan2nya...hahaha...masa ni kan seronok sangat sebab kiteorang berfikir macam mana nak bentang proposal masing2 dalam mesyuarat....huhuhu...masa nilah nak kelam kabut...masa nilah rasa nak terkencing...semua rasa ada....takut beb...lecturer pulak senyum duk kat belakang tengok gelagat kiteorang...tapi seronok sangat...walaupun dalam hati allah s.w.t sahaja yang tahu...


kini aku sedang mengambil cuti khas atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan...sedih giler xdapat join dorang sama2 dalam kelas...xpelah kata orang nasib kita semua berbeza...aku harus redha dengan takdir diriku...aku dah berusaha yang terbaek...jadi xde apa yang patut aku rasa kesal...hehe..life must go on forever and ever by hook or by crook...cewah...speaking london pulak..ntah betul ntah tidak...harap2 pasni aku dapat menyambung pengajianku kembali tanpa ada halangan dan rintangan...insyaallah...

Sunday 10 April 2011

teNtaNg aKu...

namaku wan eza idayu binti mohd salleh...aku dilahirkan pada 13/08/1987 di hospital universiti kuala lumpur...aku berusia 24 tahun...hehehe...muda lagi...baru kenal dunia orang cakap...aku merupakan anak tunggal perempuan dan anak bongsu daripada 3 orang adik beradik...aku seorang yang degil tetapi manja...dalam adik beradik aku, akulah yang paling keras kepala...kalau aku cakap A maknanya mesti A...aku xsuka orang campur urusan aku kecuali mama dan abah ku...aku suka melancong sebab aku suka tengok keindahan ciptaan tuhan...lagipun kalau aku pergi bercuti pasti pemikiranku tenang sekali dan aku boleh lupakan segala masalahku...kenapa manusia kini semakin hari semakin ramai yang hilang intergriti dalam diri??? suka mencampuri urusan orang lain...suka bertanya perihal dalam kain???bagi aku itu hidup masing2...apa yang aku buat, xde kene mengena dengan orang lain...

ha...sekarang aku nak cerita pasal keluargaku...asyik cerita pasal aku je...nama bapaku mohd salleh bin hussain...dia kini berusia 53 tahun....ha...dah tua dah bapaku...aku panggil die abah...dialah abah ku yang terbaik sekali dalam hidupku...abahku memang seorang yang nampak tegas di luar tetapi hatinya lembut...dulu aku pernah dipukul olehnya...dia cakap walaupun aku manja xsemestinya aku boleh terlepas dari kesalahanku...berbirat jugaklah badanku bila kene hentam dengan tali pinggang polis yang tebal tu...uuuiiissshhhh....tobat aku xnak buat lagi...dalam masa kene pukul tu,adalah penyelamat aku datang...namanya raja kamariah binti raja amran...ha...itulah mama kesayanganku...mama aku ni orang kuat membebel...tapi dia membebel ade sebablah...kadang2 kenakalan aku 3 beradik yang membuatkan dia boleh kene heart attack...hehehe...mamaku berusia 51 tahun....dia cantik...putih...dan kurus...xmacam aku...kenapalah aku xcantik macam mama???

aku memiliki 2 orang abang yang aku sayangi...yang sulung namanya wan ezadtul annuar bin mohd salleh...umurnya baru 30 tahun...dia sudah berkahwin dan bekerja sebagai astro promoter di petaling jaya...aku rindu sangat dengan dia...kerana sekarang dia dah tiada dalam hidup aku...dia telah pergi meninggalkan aku selamanya...akibat perbuatan khianat orang lain,abangku menjadi mangsa...yang kedua namanya wan ezadtul azhar bin mohd salleh...ha...yang ni baru berusia 26 tahun...dia pun dah berkahwin...x lama lagi nak jadi bapa...harap2 dia bahagia dengan keluarganya...abangku ini seorang yang pendiam...tetapi setiap kata2nya memberi kesan mendalam pada hidupku...die xboleh jadi kawan baikku..tapi dia boleh jadi pakar motivasiku...hehehe...bagus ade abang macam ni...jimat duit sikit...xyah aku g kaunseling kat luar...huhuhu..bile kene ayat die...uish...mencengkam ke seluruh jiwaku...hehehe...

oklah...sekian dulu nukilanku...nanti akan ku update blog ni dari masa ke semasa...biasalah aku masih baru...orang kata baru nak berjinak2 dalam dunia blog ni...kesian aku...ketinggalan dunia siber ni...bye...tata...titi...tutu...

Friday 18 March 2011

laNgkaH baRu

pertama kali belajar membuat blog... rasa teruja dengan keadaan sekarang...

aku melangkah 1 langkah lagi ke dalam dunia cyber...

aku harap blog ini akan menjadi ruang untukku melepaskan semua yang terbuku dalam hatiku...

amin...insyaallah semua berjaya...